Bismillahirrahmanirrahim
Pakaian basuhannya hari itu masih di situ.
Barang2 peninggalannya masih tidak disentuh & dikemas.
Mata mereka masih merah.
Rumah itu tidak didiami tika malam menjelma.
Tidak sanggup lagi tidur di rumah itu.
Oh, mahu pindah keluar katanya.
Oh, mahu pindah keluar katanya.
Saat orang lain masih lagi terpukul dan terasa akan kehilangan Iman, saat orang lain sibuk memuhasabah diri akan kematian, aku memerhati keadaan sahabat2 yang masih hidup. Yang paling dekat, rumate. Dia sangat2 terasa akan kehilangan Iman sampai study pun kurang fokus. Kemudian, ahli bait Iman. Dorang dah tak pernah tidur kat rumah dah sejak insiden tu. Datang tidur di rumah sahabat2 yg lain. Semalam, masih lagi terlihat mereka menitiskan air mata. Moga Allah permudahkan urusan mereka. Sama-sama kita beri sokongan pada mereka. Cukuplah ucapan takziah yang diberikan kerana itu cuma akan membuatkan mereka berasa sebak sahaja. Sekarang, kata-kata semangat dan sokongan, hatta berbual suka2 pun sudah cukup bagus untuk menceriakan hati mereka.
Moga kuat sahabat.
Kami ada di sini beri sokongan.
semoga ahli bait iman diberi kekuatan.
ReplyDeletesangat kagum dengan mereka. mereka sangat tabah.
Ketabahan mereka tu pasti akan terbayar. InsyaAllah~
sedih betol..
ReplyDeletesemoga ahli bait iman semua sabar dengan dugaan ni..