Tuesday, January 11, 2011

Aku bukanlah baik sangat


Bismillahirrahmanirrahim

Taubat.

Kenapa manusia boleh melakukan dosa juga walaupun mereka tahu perbuatan itu salah di sisi syarak?

Jawapannya mudah je.

Pertama, sebab dia jahil.

Kedua, kerana dia hidup dalam suasana yg tidak mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. Maka, dengan mudahnya, dia boleh melakukan maksiat tanpa ada orang yang akan memandang jelek perbuatannya. Apatah lagi menegur dan menegahnya berbuat maksiat.

Ketiga, kerana tiadanya mujahadah dalam diri untuk melawan hawa nafsu yang sememangnya liar dan jika tidak dikawal dan dijinakkan, boleh menjadi sekutu syaitan.

Manusia yang menjadi hamba nafsu, bukannya hamba rabbani, seluruh hidupnya diarahkan sepenuhnya hanya untuk:

1. Kepentingan diri.
2. Memuaskan nafsu--of course lah kan, dah namanya hamba nafsu.
3. Mengutamakan diri sahaja-->It's like saying, I'm above everyone. Other people don't matter. menolak kepentingan orang lain.

Jadi, apakah keterlaluan jika dikatakan pertarungan melawan hawa nafsu kita itu sangat dahsyat. Malah lebih dahsyat daripada pertarungan antara haiwan buas...~


Well, I would like to think of the bear as the evil side of my self and the tiger as the righteous one. Logic says that the bear will win over the tiger because of its strength. Well, they say, if you can't beat them, join them. Be friends with the bear, don't follow it's desires, it has to follow you. As the tiger is the king of the forest. So, any other animal should obey the king. Tame the bear, tame your hawa nafsu.


Yeay, kompromi! XD

Nafsu itu perlu macam nafsu untuk makan, nafsu nak tidur tetapi berpada-padalah kan.

"Kita semua bukan baik. Kita semua ada sejarah hitam masing2. Sejarah mencari Tuhan. Sejarah mecari Kebenaran"-Hilal Asyraf

Seringkali kita mendengar sahabat2 kita berbicara bilamana mereka selesai menegur atau memberi tazkirah, "Aku bukanlah baik sangat pun tapi at least aku ikut pesan nabi, 'Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat'."

Hurm, Lebih baik dan memotivasikan diri jika kita berkata,

"Aku masih membina kekuatan diri. Kerana aku hamba rabbani yang memang sering berperang antara kebaikan dan kejahatan. Sering sahaja aku tewas kerana aku memang manusia yang lemah tapi Allah itu Maha Kuat, Aku sering memohon kpd-NYA supaya membantu aku untuk membina kekuatan diri. Berapa kali pun aku tewas, aku tak kan pernah putus asa. Setiap kali juga kan aku bangun kembali, memohon maghfirah-Nya dan tetap terus berjuang melawan hawa nafsu."

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

"Setiap anak Adam melakukan kesilapan, tetapi sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yg bertaubat."

Rujukan: Islamuna oleh Sayyid Sabiq.

Yeah well, there's a saying which goes:

"Nothing is impossible when I put my mind to it!"

Musim exam ni, lawanlah sedaya upaya nafsu nak-tidur-sampai-puas, nafsu nak-makan -banyak2-sbb winter, nafsu nak-tengok -movie, dan macam2 lagi nafsu yang membuak2 bila dalam musim exam , jadi tanda sindrom exam sedang melanda, ;p.


Selamat berusaha~!

Ok, since people might argue the fact that it's the lions who are the kings of the forest/jungle and not the tigers. Well, I just said that coz I watched this =D


nice right?

Wassalam


5 comments:

  1. just passing by your blog last nite..n u did it(new post)!yeay!!

    nice entry!


    p/s:shouldn't lion be the king??:P

    ReplyDelete
  2. Lion is the king of Savanna ;p

    see here

    http://www.youtube.com/watch?v=IimYTOAr8ow&feature=related

    Oh man, are people waiting for me to continue posting here? Sorry, were very preoccupied with other things before. But then, I just post about things that came popping up into my mind. Just hope people can get benefit from reading my blog.

    ReplyDelete
  3. erm, yes, lion is the king of the beast ;p

    ReplyDelete
  4. sibuk penolong ketua,baru smpt update blog kot

    bear>tiger>lion

    bear is the king of ...........?


    p/s: nk komen pakai .com xleh sbb disable name/url

    -sayut-

    ReplyDelete