Wednesday, September 29, 2010

Saya tak nak jadi doktor.

Bismillah

Bukan sekali dua. Sudah beberapa kali terpacul keluar dari mulut.

"Rasa macam tak nak jadi doktor."

Teringat pula zaman dulu-dulu kala. Mohon upu, Allah izin dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke USIM dalam bidang Pergigian. Masa tu memang tak teruja sebab rasa cam dentistry ni mmg membosankan. Yelah, hari-hari untuk 20-30 tahun, akan menghadap mulut orang je...bosan.

Tapi, bila sekarang difikir-fikirkan balik, dari aspek kerjaya sebenarnya doktor gigi lebih sesuai untuk kaum wanita. Kenapa? Sebab kerja ikut office hour, usually 8pg-5ptg. Jarang-jarang sekali on call. Berbeza la kalau doktor perubatan. On call memanjang, especially time internship. Kesian kat anak, suami, bagi yg dah kawen la. Pergigian pon ada juga pelanjutan ke bahagian specialist. Contohnya Master dalam Maxillo-facial. Selalu macam kalau ada orang accident pastu bahagian rahang muka dia distorted or whatever, time ni la specialist maxillo-facial ni buat keje dia. Well, maybe pergigian ni banyak cater utk kosmetik dan kecantikan sbb deal dgn bhgn muka.

Sebenarnya, ni tgh nak cari feel nak start kuliah. Lagi 2,3 hari je. Barang-barang nak bawa balik mesir tak beli pun lagi. Ha, macam mana ni. Rasa cam tak nak jadi doktor je...Study tu memang la bersungguh tapi rasa cam sia2 je sbb rasa cam tak nak jadi doktor dah. Banyak sebab kenapa tak nak tapi banyak juga sebab kenapa dah tak boleh patah balik dan juga banyak sebab kenapa jalan ini juga yang akhirnya yg terbaik. Nak kena listkan ke sebab musababnya? Yg pasti, walau ada rasa sesal sbb tak terima je tawaran ke USIM tu, still, penyesalan tu dapat diketepikan sebab...

1. Dapat jalan2 tengok negara orang. Bukan takat mesir je, negara2 lain pon boleh pegi tengok sbb dah ada passport, senang nak jalan2 keluar negara. Kalau belajar kat Malaysia, nanti bila dah keje kot baru nak berjalan luar negara. Sebab time student, mana ada duit nak jln2 luar negara, so, passport tak perlu utk dibuat. No passport, no overseas tours.

2. Study di Alex hakikatnya lebih lepak berbanding Malaysia. Betul ni. Kita busy sbb byk exam je. Assignment ada la sikit2. Org Malaysia busy ada banyak assignment. Cuti sem pon, ada homework, assignment...(sama la macam tak cuti je dorg) walaupon kita cuti sehari je seminggu. Cuti raya eid fitri kena baca buku sbb lps cuti ada exam...~ Kesian tgk kakak dgn adik bawa buku ke hulu ke hilir time raya.

3. Plus factor= Biasiswa=Banyak duit= Berdikari sikit. Kalau duduk Malaysia je, tiap2 minggu nak balik rumah. Jadi anak manja je sbb mmg manja dan dimanjakan. Semua benda mak ayah buatkan. Hurm, selalu rindu mak ayah sbb benda ni la. Tak boleh depend kat dorg sgt dah sbb dorg mmg takde sama2 T_T tapi life must go on...

4. Dapat bergaul dgn cream of the society. Yelah, saya dari tadika sampai la habis form 5, ngaji swasta. Kelas pon campur dgn semua budak2 tanpa diskriminasi IQ. Sbb budak2 scholar selalunya mmg the best of the best kan? Mula2 first year tu rasa cam...la, biasa je budak2 ni. APa yg krimnya? Tapi lama2 sikit, bila dah kenal baru nampak. Mmg ada beza dgn bdk2 lain. Cara pemikiran, fikrah tu up sikit la org kata.

4. USIM's syllabus is very competitive...seb bek tak masuk~

Bila engkau sudah menapak,
Jangan ditoleh belakang,
Engkau pun tahu kenapa kan?

Perjuangan medikal ini,
Engkau tak seorang,
Susahkah meneruskan langkah?
Lelahkah hari-hari yang dilalui?
Kering sudahkah semangat diri?

Hari sudah Dhuha,
Masih panjang bakian hari,
Terlalu awal untuk berasa penat,
Terlalu awal untuk lemah semangat.

Lalu, Solat sunat Dhuha didirikan,
Mohon rezeki berlimpahan,
Moga hati ikhlas menuntut,
Moga jiwa suci dari karatan malas,
Moga jasad sihat dan cergas.

Pandang sahaja ke hadapan,
Dengan wajah yg determined,
Engkau sudah memilih jalan ini,
Tiada guna lagi sesalan diri.

Sebagai mukmin kita tidak kan pernah lemah,
Kerana kita punya Allah dan Doa sebagai senjata.

If you wanna talk to Allah, perform the solah.
If you want Allah to talk to you, read the Holy Quran.

Kesimpulannya, walau rasa cam tak nak jadi doktor, dah agak terlambat nak patah balik. Kalau masih sempat utk tukar course, adakah berbaloi? Saya ambil medik sbb mak yg pujuk suruh ambil. Bukan nak sangat pun jadi doktor. Saya nak masuk UIAM ambil syariah sebenarnya. But still, I'm the one who chose this path, not my mom. For my parents always let their children to decide their own future.

Sekian, wassalam.

4 comments:

  1. jadilah doktor..nanti sakit ana blh jmpa husenun..hehe..juz look forward

    ReplyDelete
  2. kedatangan anda dialu-alukan, :p

    ReplyDelete
  3. Daijobu~
    Just enjoy the ride if you can't ditch it.
    Yosh, gambarimasho erin-chan!

    ReplyDelete
  4. Memang tugas doktor perlukn byk pengorbanan - no office hr mcm kerja biasa lain. Lagilah oncall dan O&G -diceritakan Dr Mariam dia baru 20hari bersalin, dia dah kena buat caesar utk org lain. Namun setiap khidmat dan pengorbanan tu jgn dinilai dgn ganjaran gaji yg diterima. Yg penting doktor memang amat diperlukan oleh masyarakat lebih2 lagi dari doktor yang bersyakhsiah Muslim. Ganjaran sebenarnya hanya dari Allah. So teruskan perjuangan.

    ReplyDelete