Wednesday, September 22, 2010

Warming up

Bismillahirrahmanirrahim

Semasa merayau-rayau dalam jejaring sesawang, terjumpa blog seorang bakal sophomore Alex.
Si gadis ini berbicara mengenai PSMB di Alex tahun ini. Betapa penat dan memeritkan jiwa beliau menjadi fasilitator utk program itu. Sedih dengan keadaan asrama yg telah ditinggalkan dlm keadaan yg menyedihkan. Ada ke patut dorg tinggalkan asrama balek msia tanpa kosongkan peti ais? Jadi syurga microbes and parasit la peti ais tu ;p Runsing dgn karenah bakal2 freshmen yg agak mengada-ngada. Nak tukar bilik lah sampai menangis2. Sehingga mencapai satu tahap, beliau menyeru agar mereka-mereka yg sudah balik Malaysia tahun ini supaya jangan balik lagi pada tahun hadapan supaya boleh "take over" pula jadi fasilitator tahun depan.

Bila dah jadi macam ni. Pasti si gadis sophomore ini sudah serik utk berbakti. Berbakti kpd masyarakat sekelilingnya. Walau saya percaya, sophomore ni just luahkan perasaan kat blog, hakikatnya mungkin dia ikhlas bekerja utk umat. Sbb dulu pon saya pernah serik utk berbakti.

Hidup tanpa memberi tidaklah membahagiakan seperti yg disangka.
Sebab saya dah buat eksperimen pd kehidupan sendiri. Berisiko eksperimen ni sbb hati blh mati kalau tak berjaga-jaga. Memang dah serik, pasni tak nak dah mandai2 buat eksperimen kt hati sendiri.

Hidup tanpa berbakti itu kosong. Jiwa dan hati kosong dan tawar tanpa perisa bahagia sejati.
Bila kita bekerja kerana mahu dan bukannya kerana terpaksa, hati terisi. Terisi dgn perasaan bahagia. Bahagia dapat membantu insan lain. Bahagia dapat menggembirakan hati manusia sekeliling. Biarlah mereka tak menghargai, tak "acknowledge" kita, malah mencaci hina. Tapi hati tetap bahagia kerana segalanya Ikhlas kerana yg Esa.

Cukup sekadar ini coretan utk kali ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment