Kata berlapik samar bahasa,
kata bertelus menyentak jiwa,
memanglah patik insan biasa,
bukannya perfect tiada cela,
biarlah manusia nak kata apa.
Penuhlah air di dalam hati,
lalu melimpah ke kelopak mata.
Cerewet tidak mahu dicepuk,
hanya sudi ditepuk-tepuk,
hidup bukan setenang air di kali,
namun kan ada pelangi,
selepas badai hujan berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment