Thursday, September 29, 2011

Jirusan Jiwa [Anjakan paradigma memasuki tahun klinikal]

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah lama hajat nak tulis sesuatu, satu perkongsian di sini tapi tiada hati, takde feeling nak type, nak karang ayat. Ya Allah, mohon2, moga kali ini, hati ini bersedia & ramah utk berkongsi.

Baru-baru ini, berkesempatan berkongsi pengalaman daripada seorang doktor pakar mata(ophthalmologist) yang sedang melakukan pautan(attachment) atau latihan-dalam-perkhidmatan di Hospital Mata Negara(National Eye Center) di Kaherah selama sebulan. Beliau punya kepakaran adalah dalam bidang "oculo-plasty", iaitu surgikal utk rekonstruksi mata sekiranya bebola mata separuh hilang dsb. Masha Allah, bila fikir balik, doktor ni, sebenarnya singkat benar2 masa beliau di Mesir ni tapi Allah izin ada rezeki dapat bertemu dgn beliau.

Antara persoalan2 yg diajukan kpd doktor adalah tentang

  1. Hala tuju pelajar perubatan selepas tamat "medical school".
  2. Kepakaran apakah yg masih belum cukup tetapi sangat2 diperlukan oleh masyarakat Malaysia.
  3. Bagaimanakah hendak memilih hospital untuk "posting".
  4. Bagaimanakah hendak tetap bermotivasi utk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan.
Jawapan perkongsian:

  1. Sekiranya pelajar tajaan kerajaan, JPA akan datang dan 'evaluate" pelajar2 yg telah berjaya mendapatkan ijazah perubatan. Kemudian program induksi. Program induksi bertujuan memberikan serba sedikit "briefing" tentang "hala tuju pelajar perubatan selepas tamat pengajian". Then, you will get the forms and stuffs to fill in about which hospital you would like to be sent to and so on.
  2. Doktor sebut byk sgt kepakaran yg masih diperlukan oleh Malaysia sampai tak ingat dah. Namun demikian, bila ditanya, bagaimana kita nak tahu, mana satu kepakaran yg sesuai utk diri kita, doktor mengulas; kita akan tahu sendiri selepas tamat latihan "internship" selama 2 tahun. Lebih2 lagi, waktu itu, mungkin diri sudah berkeluarga. Maka, kita sendiri dapat menimbang tara samada diri mampu utk sambung "master degree" di samping menjadi seorang suami atau isteri juga seorang ayah dan ibu.
  3. Untuk memilih hospital utk "posting", kita kena buat review dulu tentang hospital tersebut. Tentang stafnya, tentang suasana kerjanya, dan juga jarak hospital dgn rumah. Katanya, org lelaki kadang2 mahukan "adventure", so dorg minta jauh2 mcm sarawak dan sabah :P
  4. Best for last...Doktor pesan, "Kamu ni sekarang undergraduate, fikir biar pass je. Lulus shj. Biar la tak excellent pon. Tapi, tapi...bila amek specialist, kamu aim excellent! Pakcik ni dulu dpt "D" je undergraduate. Tapi pakcik dpt "best student" masa amek master :)".
OK, kholas. Hopefully ada benefit.

Wassalam.

2 comments:

  1. same goes in dentistry~~~our doctor said: masa undergrade, aim lepas j setiap tahun :(

    ReplyDelete