Tuesday, July 10, 2012

Saya Nak Jadi Baik Tapi Susah!!!

Bismillahirrahmanirrahim

"Saya Nak Jadi Baik Tapi Susah!!!"

Entah sudah berapa ramai org pernah ungkapkan kata2 begini. Bukan sedikit,bahkan sgt ramai.

Tak reti nak ulas panjang2 sangat. Tapi ramai org mengeluh, takut, risau, bilamana mereka buat keputusan nak jadi lebih baik, macam2 cabaran datang samada daripada pihak keluarga sendiri, rakan2, masyarakat sekeliling.

Bilamana orang ni sebut, saya nak jadi lebih baik!
Apa yg dimaksudkan?

"Saya nak jadi lebih solehah, pakai tudung labuh menutupi dada, tak pakai dah seluar jeans ketat2 tapi family saya bukan jenis mcm tu. Walaupun sekadar pakai tudung atas pagar je tutup dada, saya dipandang pelik dan dikagumi oleh semua sedara mara. Sayalah satu2nya yg pakai stokin dalam ramai2 sedara mara saya. Rasa sorg2 sangat! Rasa mcm I don't belong and they are my own family n relatives!"

"Aku teringin nk pakai serban, pegi solat jemaah kat masjid setiap hari tapi bila aku buat camtu, ada je suara2 sumbang yg semacam menyindir sinis. Buat aku rasa discouraged betul lah dorg ni. Baik tak payah aku susah2 pegi masjid and solat kat rumah je. Takde aku nak rasa sakit hati ke apa."

Dan bila perkara begini terjadi, mereka yg punya niat tulus utk menjadi muslim yg lebih baik, yg lebih berkualiti, terberhenti di tengah jalan. Seolah-olah hilang punca, dan tak punya motivasi lagi utk bergerak ke arah yg lebih baik.

Saya rasa ramai terlupa, hidup ini satu ujian.
Untuk menghadapi ujian, kita perlu berjuang~

Kadang2 nak jadi lebih baik, lebih hebat, lebih pandai, lebih cantik, lebih kaya,
KITA PERLU PAKSA DIRI. kadang2.

Ya, itulah jawapannya.
Biak pi org nak kata apa.
Walau hati rasa tak rela.
Walau rasa takde maknanya buat semua ni sebab hati tak ikhlas...

Bertahanlah dan teruskan memaksa diri utk buat juga perkara baik yg kita hajatkan.
Lama2 org akan biasa.
Lama2 diri juga akan biasa dgn perubahan baru.
Dan lama2, ikhlas beribadah itu akan datang.
Dan saya doakan moga kemanisan iman itu dpt shbt2 rasakan.


Dalam keterpaksaan melakukan perkara kebaikan, 
sebenarnya ada perkataan lebih skema utk kita panggil iaitu:

MUJAHADAH.

Allah berfirman,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka merubah diri mereka sendiri."


So, why be afraid of change?
Change occurs ever so constantly, so learn to adapt well everytime :)

Bit tawfiq wan najah fil imtihan fid dunya wal akhirah ^^

My 2 cents, wassalam

No comments:

Post a Comment