Bismillahirrahmanirrahim.
Menjadi lumrah seorg pelajar utk menghadapi peperiksaan demi peperiksaan.
Kadang kala debaran itu sudah tidak terasa dek alah bisa tegal biasa.
Kira-kira 4 tahun yg lepas, tika usia sedang bersiap sedia utk menghadapi SPM, kami meng-'import' seorg pensyarah jurusan Matematik utk memberi kelas tambahan buat subjek Fizik. Mengapa? Kerana guru2 kami bukanlah guru yg berpengalaman mengajar pelajar2 utk menghadapi SPM, tiada pernah juga menghadiri kursus khas. Jgn terkejut jika saya kata guru Fizik saya dulu merupakan bekas Jurutera sahaja, tiasa langsung latihan mengajar. Namun, guru2 kami terdidik dari sudut lain. Hati mereka besar buat kami pelajar2. Sanggup menerima posisi sbg guru di sekolah kami walau pulangan duniawi tidak seberapa. Moga Allah membalas amal2 guru2 murabbi2 ini dgn balasan yg sebaiknya. Pengorbanan. Mudah dikata, sukar dilaksanakan.
Pensyarah Matematik yg mengajar kami kelas tambahan Fizik telah berkongsi pengalamannya sebagai mahasiswa. Dahulunya makcik ni turut bersama2 ibu saya belajar di Amerika, tapi jurusan berlainan. Makcik bercerita, katanya dulu, sentiasa sahaja dia dapat 100% sehinggakan ada satu kali tu, makcik tak dapat 100%, tapi 90% sahaja. Kemudiannya, pensyarah makcik ni marah, "Nur(bkn nama sbnr), kenapa awak tak dpt 100%??!" Makcik menjwb, "Ha? Yeke? saya confident saya jawab sume soklan dgn betul Prof! Macamana saya blh dpt 90% je?" Kemudian, bila disemak-semak, rupanya makcik terlupa nak jawab satu soklan di bahagian belakang muka surat terakhir kertas soalan....:P
Makcik berpesan, "Sewaktu exam adalah masa utk mengeluarkan segala perkara yg kita telah ulangkaji. Waktu exam bukanlah masa utk baru cuba mengingat-ingat. Makcik ni, tak pandai pon. Betul ni, makcik bukan nk modest2 pun. Tapi makcik usaha sedaya upaya makcik. Sebelum exam tu, mmg makcik ulangkaji betul2. Time exam tu, tinggal tulis je sume yg dah study tu. Jadi kamu study-lah rajin2 skrg. Buat latih tubi byk2. Insya Allah, mudah nnt waktu exam."
Hebat betul kan. 100% setiap kali exam tu. Apakah sebenarnya kita tidak cukup masa utk ulangkaji betul2 atau mmg hati kita sendiri yg tak sudi cuba sedaya upaya. Lemahnya keinginan, will power, maka tiada semangat yg membara yg tak lut oleh kepenatan. Usaha tangga kejayaan.
Wallahu'alam...wasssalam :)
No comments:
Post a Comment