Friday, June 11, 2010

Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

Orang kata musim exam ni banyak sindrom melanda.
Yang pasti, sindrom2 ni terhasil sebab perasaan tertekan dan tidak stabil.

Jika sesetengah orang akan mula berbicara pasal kahwin, mungkin kerana inginkan teman intim kerana berjauhan dgn keluarga, tetapi saya, saya rindu kat sekolah saya.

Itulah. Saya selalu rindu kat sekolah saya.

Sekolah yang menjadi tapak semaian ilmu & iman saya selama 11 tahun.

Jika dahulu di sekolah, memang seringkali timbul perasaan bosan dgn byknya halaqah dan tazkirah dan kuliah2 yg cikgu2 bagi. Sampai satu tahap, terkadang mendengar tazkirah tu, tak membawa kesan kpd hati krn sudah berulang2 kali diberi tazkirah yg sama.

Cikgu selalu cuba utk menerapkan kefahaman matlamat hidup manusia di muka bumi Allah ini dgn berkata:

Allah berfirman dlm Al-Quran,

"ما خلقث الجن والانس الا ليعبدون"

"Tidak Aku ciptakan manusia & jin melainkan utk beribadah kpd-Ku."

Bila ada pelajar2 yg suka bising dlm kelas atau suka mencarut dsb, cikgu pesan lagi:

"من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت"

"Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, Maka berkata2 lah dgn kata2 yg baik ataupun diam."

Bila nak exam, cikgu pesan lagi supaya rajin belajar sambil memberitahu:

"ان الله ما يغير ما بقوم حتى يغير ما بأنفسم"

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri."

"طلب العلم فريضة على كل مسلم"

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim."

Cikgu seringkali mengingatkan betapa kita patut bersyukur kerana dpt hidup dlm nikmat iman & Islam. Bahawa Islam bukanlah setakat satu agama yg diamalkan bagaikan adat, bahkan satu cara hidup.

Dan,

sungguh tersentak dan gembira apabila ada juga professor di Alex University yg juga sebegitu.
Pernah sekali ditegur Dr Amal Rahmy, professor histopathology:

Tak dengar dgn jelas sgt apa prof ckp sbb dia ckp laju tapi bila dia ckp english, maksud:

"Apabila seseorg kamu berbuat sesuatu, hendaklah dia bersungguh2."

AL-HADIS

Kena tegur sbb tak prepare betul2 utk present assignment pathology~

Dan, mungkin hampir semua org pernah kena dgn professor especially time formative assessment tu, doktor cakap Rasulullah bersabda:

"من غشنا فليس منا"

Dan sudah pasti saya rindu akan classmate2 yg sudah berukhwah sejak kami berumur 7 tahun sehinggalah kini menjangkau umur 19 tahun. Well, 1 of them are actually here in the first year.

Saya syg sekolah saya.

Junior2 juga terkadang tak kurang hebat mendidik diri ini.

Pernah sekali tumpang kereta sorg makcik ni utk balik rumah. Saya dan adik2 dah 4 org. Kereta pula, kereta wira je. Makcik tu anak dia 3 org tapi kecil2, baru sekolah rendah. Jadi, anak makcik2 tu duduk la bertiga kat kerusi penumpang sebelah kerusi pemandu kat depan tu. Saya dan adik2 berempat di kerusi belakang. Kebetulan hari tu panas. Malaysia kan. Anak2 makcik tu bergaduh la nak duduk tepi tingkap sbb panas. Dahlah bersempit2 sbb bertiga duduk satu kerusi. Sekali, si kakak cakap kat adik dia,

"Eii, Aisyah ni! Api neraka lagi panaslah!!!"

Dush, saya dan adik2 saya kat belakang ni yg jauh lebih tua dari 3 beradik tu tersentak.

Begitu sekali kesan tarbiyah makcik ni kat anak dia.

Ustazah mengaji saya kat mesir ni tak kurang hebatnya. Anak lelaki dia baru umur 2 atau 3 tahun. Hari tu, ustazah bawa anak dia dtg. Anak dia minum jus pastu sendawa lalu dia sebut,

"Alhamdulillah."

Hurm, agak2 kalo anak org melayu umur 2, 3 tahun, ada ke yg pandai sendiri2 nak spontan cakap Alhamdulillah kalo sendawa atau lepas makan dgn kenyang? Masya Allah. Tarbiyah ada di mana2 kalau kita perhatikan betul2.



Terima kasih cikgu~!

pix credited to ma juniors

word of the day: Hartnup's Disease

Wassalam.


No comments:

Post a Comment